Stormrage. Taken at Kondominium Kristal.
Source: leilockheart
I wish I have a cup of this and a hunk of pavlova right now :3
(via leilockheart)
Source: leilockheart
Terbaik dari #SMKS18HEBAT > Chapter 1 Part 2 - Sonata of Higher Awakening

Yup , seperti mana yang aku nyatakan tadi , aku memang seorang yang sangat pendiam dan gemar menyendiri. Semasa aku berada di Tingkatan 1 , aku selalu dijadikan bahan gurauan oleh rakan sebaya kerana fizikal dan perwatakan aku. Keadaan itu menyebabkan aku rasa tertekan sehingga hilang semangat untuk ke sekolah. Namun pada satu hari , dalam lingkungan bulan April 2007 , aku telah dipanggil ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Mungkin pihak sekolah telah menyedari kesusahan yang telah aku alami. Aku telah dijemput sendiri oleh Penyelia Petang pada waktu itu , Pn Aishah (seorang guru Bahasa Inggeris) untuk pergi ke bilik kaunseling untuk sesi brainwashing.
Semasa sesi kaunseling , aku telah ditanya pelbagai soalan. Bagaimanakah keadaan aku di sekolah? Bagaimana hubungan aku sesama rakan sebaya? Mengapakah aku kelihatan sugul semasa berada di sekolah? Ikutkan hati , aku tidak mahu menjawab semua soalan itu kerana aku tidak mahu mengadu domba tentang sikap rakan sebaya aku terhadap aku. Tetapi nak atau tidak , aku terpaksa menjawab semua soalan tersebut untuk melepaskan perasaan aku.
Akhirnya , beberapa minggu selepas sesi kaunseling , aku mula memberanikan diri untuk bersuara. Aku mula mengorak langkah untuk berkenalan dengan teman baru. Aku mula mengaktifkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sekolah , dan aku mula untuk berkenal-kenalan dengan murid Kelas Aliran Arab (KAA) dan murid Asrama. Barulah aku sedar , aku sebenarnya lebih hebat dari apa yang aku sangka. Semasa minggu akademik , aku mula meminatkan diri untuk menceburi bidang pengucapan awam. Aku telah menyertai pertandingan bercerita anjuran PSS dan menyertai pameran sains. Aku masih ingat lagi projek yang telah kumpulan 1 Bilal jalankan. Kami dikehendaki untuk membuat satu model tentang daya pegun dan daya kinetik objek.
Lebih kurang macam itulah projek kami. Yup , memang nama kumpulan kami Titanium , sebab kami memang gila metal waktu itu. *Errr macam tak ada kaitan*. Anyway , projek pameran sains merupakan antara kenangan yang paling manis untuk aku semasa berada di Tingkatan 1. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah aku telah berjaya mengubah diri aku untuk menjadi seorang yang lebih berani untuk tampil di khalayak ramai.
Hmmm , terus terang aku katakan , sebenarnya aku tak seberapa ingat lagi tentang kenangan semasa di Tingkatan 2. Cuma pada ketika itu , aku telah dilantik untuk menjadi seorang Pengawas PSS. Aku rasa aku patut skip saja lah ke kenangan aku semasa Tingkatan 3 , kerana disitulah perjalanan sebenar aku bermula. Boleh dikatakan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ini sebagai zaman ‘warming up’ sahaja. Tidak ada apa-apa yang menarik untuk dicerita.
(to be continued > Chapter 2 Part 1 - New Wave Bossa Nova)





